Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Pemimpin Syiah sedunia, Ayatullah Sayed Ali Khamenei berkata, musuh mensasarkan Islam dan al-Quran untuk memerangi Iran.
Dalam satu pertemuan dengan relawan muda Basiji, Sayed Ali membicarakankan 30 tahun dendam kuasa angkuh sedunia terhadap warga Iran sambil berkata, "Musuh berpura-pura menentang Iran padahal sasaran utama mereka adalah Islam dan al-Quran."
"Ini dikeranakan mereka sedar bahawa sumber kemajuan, ketahanan dan kemuliaan bangsa Iran ialah agama Islam, keruhanian dan al-Quran."
Imam Khamenei berkata bangsa Iran adalah perintis dalam peperangan antara ummat Islam dengan kuasa angkuh sedunia dan ia akan meningkatkan kekuatannya untuk kemajuan tanpa berundur mahupun bergerak perlahan.
Ayatullah Khamenei berkata bangsa Iran telah menyusuri liku-liku sejarah yang berbahaya sambil berkata "Dalam 30 tahun lalu kami telah melepasi sebahagian dari era ketentuan nasib namun melalui titik sensitif ini belum berakhir."
sayed Ali menambah bahawa bangsa ini dan pegawai-pegawainya akan meneruskan jalan mereka dengan kebijaksanaan, bertimbang rasa dan setiakawan."
Sayed Ali menambah berkata ada beberapa individu yang mendakwa bahawa revolusi telah dimamah usia, semakin dilupakan dan akan berakhir. "Individu seperti ini bukan sahaja musuh yang tidak dikehendaki sejak awal revolusi dan tidak akan mengalah untuk mendapatkan kuasa dan posisi."
Pemimpin ini juga mengatakan individu ini akan menjadi sia-sia dan kerana inilah mereka memikirkan revolusi telah berakhir dan dakwaan mereka hanyalah salah perhitungan kesan dari imiginasi dan khayalan.
Sayed Ali berkata bangsa Iran akan mengatasi musuh dan mencapai puncak kemajuan dan kegemilangan.